Majlis Daerah Jerantut diseru
mengambil tindakan tegas terhadap penyewa Rumah Rehat Jerantut kerana tidak
membayar sewa masuk empat tahun dari tarikh mula beroperasi.Syarikat Masmira
yang mengeluarkan modal mengubah-suai, membaik pulih serta memasukkan
kelengkapan resthouse itu termasuk perabut setiap bilik tetamu pada mula tarikh
operasi itu dimulakan oleh penyewa mengalami kerugian lebih RM200,000 sampai
sekarang tidak berbayar . Penyewa itu difahamkan dapat bertahan kerana
beliau adalah pemimpin UMNO Bahagian, dan seorang ahli Majlis Daerah.
Semalam tercipta satu sejarah yang tidak pernah terjadi dimana Majlis Daerah Jerantut (MDJ) nyaris disita kerana gagal membayar saman yang diputuskan mahkamah apabila kes dibawa ke Mahkamah Sesyen Temerloh oleh seorang kontraktor.
Perkara seperti ini tidak pernah belaku sebelum ini, melainkan biasanya majlis daerahlah menyita premis orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan