ABU MILIK RAKYAT
Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian.
Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU
di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah
kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak
atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah
menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi
Manusia Malaysia.
Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah
organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU
ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat
banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh
penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami
sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI
dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar
Tiubnya.
Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi
seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan
beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang
bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU
untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat
demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan
datang.
Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu
Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah
menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu
apabila satu isu besar muncul dalam negara.
Isu Lynas diangkat
kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat
sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak
tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang
menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari
industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.
Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal
Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh
rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua
gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua
gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan
yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas
dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.
Telah dipersetujui
ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari
organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka
tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan
keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak
atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.
Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.
Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan
kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan
pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus
bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional.
Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi
Uthayakumar.
Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami
tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa
atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat
dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana
organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak
bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan
menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.
Terbaru juga komen Wan
Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di
Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang
kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM.
SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia
pendirian SAMM secara rasmi.
Perlu ditegaskan dokongan SAMM
terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan
sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat
yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa.
Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit
melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.
ABu ialah
milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa
rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno
bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik
tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.
Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.
Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28
Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan
pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput
hadir.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan