mengapa tidak ada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menyiasat adakah dana RM250 juta yang diberikan kepada
NFCorp diberikan mengikut peraturan kewangan kerajaan.Mengapa pihak kerajaan diam membisu mengenai perkara itu sedangkan sudah
berkali-kali dipersoalkan adakah peraturan kewangan kerajaan dipatuhi
ketika RM250 juta itu diberikan kepada syarikat keluarga Shahrizat. Begitu juga, kata Mahfuz, tidak pernah kedengaran perkembangan siasatan
polis atau mana-mana pihak menyiasat pendedahan mengenai pembelian unit
kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta
dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622
serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.
"Adakah
disiasat dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan
membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara,
selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik
keluarga Shahrizat.
"Tidak pernah juga kita dengar perkembangan
siasatan ke atas dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang
diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit
pada tahun 2009", kata Mahfuz lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan