Cari Blog Ini

Rabu, 8 Februari 2012

DANA NFC LAGI!!!!

Pendedahan terbaru la pulak siap dengan sijil hak milik lagi mengenai pembelian 2 buah kondominium di Marina Bay Suite:
Kondominium Pertama beralamat di #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965. Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209 Tarikh dibeli pada 27 Mei 2010 dan pembiayanya oleh United Overseas Bank Limited (UOB); Kondominium Kedua beralamat di #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965, Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575 Tarikh dibeli pada 27 Mei 2010 dan pembiayanya ialah Malayan Banking Berhad (Maybank) Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse. Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


 2 buah kondo mewah berjumlah RM 34,562,784 bayar balik pinjaman sebulan RM 173,000 selama 25 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan