Israel: Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ
Israel: Nik Aziz Menasihatkan Anwar supaya saman WSJ
Saya baru mengadakan sidang media sebentar tadi memaklumkan keputusan
majlis syura Ulama PAS yang bermesyuarat semalam yang memohon agar Datuk
Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya berkenaan dengan negara
Israel baru-baru ini.
Setelah majlis syura meneliti isi
kandungan kenyataan beliau, ia mengandungi unsur-unsur pengiktirafan
terhadap negara haram Israel yang bertentangan dengan pendirian PAS.
Sekiranya kenyataan beliau nyata telah diputarbelitkan, saya memohon
agar beliau dapat memfailkan saman ke atas Wall Street Journal. - Nik
Abdul Aziz Nik Mat
Israel: Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya
mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau
menyaman majalah itu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud
yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan
menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya
dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan
tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel
sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan
Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat
Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel
diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat
perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh
dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi
bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram
Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab
atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas
dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi,
keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali
tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh
seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim
menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.
Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang
berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan
menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan