Cari Blog Ini

Selasa, 14 Februari 2012

MB Pahang Sokong Himpunan Hijau 2.0?? Biar Betul.!!


Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan pada 26 Feb 2012 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (Padang MPK 1), Kuantan Pahang mendapat reaksi yang positif daripada Menteri Besar Pahang sendiri iaitu Dato' Seri Adnan Yaacob (foto) disamping beliau mencabar penganjur perhimpunan tersebut supaya kehadiran peserta melebihi 20,000 orang dan tambahnya lagi kalau boleh biar 30,000 orang atau lebih ramai lebih bagus dan beliau akan menyambutnya dengan tangan terbuka.
Adnan berkata, kehadiran peserta himpunan terbabit akan menambahkan sumber pendapatan buat peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini. “Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga. “Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut,” katanya ketika di dalam akhbar Sinar Harian pada 14 Feb 2012.
Katanya lagi,negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai. “Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai,.“Mungkin selepas ini, ada pula tunjuk perasaan iaitu 40,000 yang membantah dan melawan balik mereka (Himpunan Hijau), jadi ia sekali gus meningkatkan lagi pendapatan peniaga,” katanya. Adnan menegaskan ia tidak memerli usaha Himpunan Hijau dan ketika ditanya jika penjawat awam boleh menyertainya, ia bergantung pada kebenaran ketua jabatan masing-masing. “Malah saya pun nak sertainya dan boleh berjumpa dengan mereka semua,” katanya yang juga cadangkan agar perhimpunan itu dibuat secara bersiri seperti Himpunan Bersih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan