Cari Blog Ini

Khamis, 29 Disember 2011

ADAKAH IANYA DIRANCANG

     Kecoh benar pasal Dr Hassan Ali mengkritik mengenai manifasto yang dibawa oleh PAS iaitu Negara Berkebajikan. Yang amat menghairankan ialah mengapa beliau terus menempelak PAS melalui media yang sememangnya akan mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan dan persepakatan yang telah diakui teguh oleh Pakatan Rakyat. Luas liputan (berat sebelah) yang telah disiarkan oleh TV3 terutamanya mengenai kritikan Dr Hassan Ali yang mengatakan PAS telah menyimpang dari tujuan asal penubuhannya. Namun di atas kewarasan dan kesabaran pemimpin PAS terutamanya Tok Guru dalam menangani permasalahan diantara pemimpin, perkara tersebut telah dapat diselesaikan dengan mengadakan pertemuan bersemuka dengan Dr Hassan Ali dan ternyata beliau mengakui kesalahannya serta memohon maaf secara peribadi kepada PAS. Walaupun perkara itu telah selesai namun ibarat luka...namun parutnya masih ada. Pihak lawan akan menggunakan perkara ini sebagai isu yang akan diputar belitkan apabila berkempen untuk pilihanraya nanti. Oleh yang demikian kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, ambilah iktibar kejadian ini agar tidak melakukan kesalah yang sama dan yang paling penting tidak menggunakan media lawan sebagai melepaskan kemarahan dan ketidakpuasan hati kepada parti.

Khamis, 15 Disember 2011

Selepas berbagai fitnah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat serta propaganda dari media masa milik UMNO-BN yang tidak henti-henti memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat terutama dikalangan pemimpin-pemimpinnya maka apa kan terjadi selepas ini kepada politik di Malaysia Negaraku tercinta....yang penting adalah keharmonian dan kemakmuran yang berkekalan serta dilindungi Allah S.W.T. Semoga perjuangan dalam menegakkan keadilan demokrasi, memartabatkan Agama Islam dan hukum-hukumnya mendapat jalan yang diperluaskan oleh Allah dalam memenangani PRU ke-13 nanti. AMIN.