Cari Blog Ini

Selasa, 31 Januari 2012

Kes-Kes NFC

mengapa tidak ada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat adakah dana RM250 juta yang diberikan kepada NFCorp diberikan mengikut peraturan kewangan kerajaan.Mengapa pihak kerajaan diam membisu mengenai perkara itu sedangkan sudah berkali-kali dipersoalkan adakah peraturan kewangan kerajaan dipatuhi ketika RM250 juta itu diberikan kepada syarikat keluarga Shahrizat. Begitu juga, kata Mahfuz, tidak pernah kedengaran perkembangan siasatan polis atau mana-mana pihak menyiasat pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

"Adakah disiasat dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

"Tidak pernah juga kita dengar perkembangan siasatan ke atas dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009", kata Mahfuz lagi.
ABU MILIK RAKYAT

Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.

Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.

Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu
Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.
Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.
Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal
Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.

Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.

Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.

Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.

Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.

Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.

Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.

ABu ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.

Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Khamis, 26 Januari 2012


 SAINTIS DAN KATAK

(Cerita di bawah ini tiada kena mengena secara langsung dengan Zulkifli Noordin dan rakan-rakannya) Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh. Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh. Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...fb shahrul nizam

Selasa, 3 Januari 2012

Sorotan Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011

Jan 11
- Isteri PM, DS Rosmah Mansor mempunyai pejabat sendiri. Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri. Gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) yang diguna Rosmah mencetuskan kontroversi kerana ia adalah gelaran DYMM Permaisuri Agong.
- Badan pemerhati kewangan antarabangsa, Global Financial Integirty (GFI) mendedahkan pengaliran keluar wang 2009, wang haram adalah daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.
- Pilihanraya kecil Tenang adalah Pilihanraya kecil ke-14 selepas pilihanraya umum 2008. Ia diadakan selepas ADUN, Datuk Sulaiman Taha meninggal pada 17 Dis 10.

Feb 11
- Ketua Umum KEADILAN, DSAI menyeru rakyat mengambil iktibar daripada kejatuhan diktator Hosni Mubarak daripada tampuk Presiden Mesir.

Mac 11
 - Pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau yang merupakan pilihanraya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 mac 11. Keduanya dimenangi BN.

- Trio Datuk T menyebarkan video fitnah yang cuba memburukkan nama DSAI.

Apr 11
- Pilihanraya negeri Sarawak berlangsung pada 16 Apr 11. Pakatan Rakyat mengorak langkah dengan memenangi 15 kerusi.
- Seorang orang kelainan upaya (OKU), Kadir Hashim ditahan secara kejam di bawah ISA selama 20 hari.
- Sebuah syarikat hampir muflis, Tricuber Berhad dianugerahkan projek email 1Malaysia bernilai rm50juta. Tricubes Berhad adalah syarikat di bawah CIMB Group yang dimiliki adik Najib, Datuk Nazir Razak.
- Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana "terjatuh" dari tingkat tiga pejabat SPRM.

Mei 11
- Felda didedahkan meminjam wang rm 6 bilion daripada KWSP. Pinjaman itu mengundang kontroversi kerana ia dibuat sewaktu menteri bertanggungjawab, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa kedudukan kewangan felda kukuh.

Jun 11
- Kementerian Pelancongan di bawah Datuk Seri Ng Yen Yen membelanjakan rm1.8juta untuk menyelenggara laman FB. Kontrak dianugerahkan kepada Impact Creation Sdn Bhd, sebuah syarikat IT dipercayai pemiliknya rakan Ng Yen Yen.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom menyeleweng wang zakat sebanyak rm 32 ribu bagi membayar yuran guaman peribadi dalam usahanya menghalang kes qazaf DSAI di Mahkamah Syariah.
- PM dan isterinya merisik pertunangan anak perempuan mereka di Kazakhstan menggunakan wang rakyat. Ia dibuat "serentak" dengan Persidangan Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Kazakhstan
- Remaja mangsa kekejaman polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei disahkan dibunuh dari jarak dekat dalam keadaan melutut.

Jul 11
- 6 orang pimpinan Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan di bawah Ordinan Darurat sewaktu berkempen untuk menamatkan rejim pemerintahan BN selama 54 tahun.
- Lebih 70 ribu rakyat keluar berdemonstrasi pada 9 Jul menuntut pilihanraya bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perubahan dalam pilihanraya umum. Seorang peserta, Baharuddin Ahmad yang mati akibat dinafikan bantuan perubatan oleh polis.
- Isteri PM, Rosmah membawa masuk secara rahsia cincin berlian berharga rm24 juta yang dibeli dari Jacob & Co, saudagar permata di Amerika Syarikat. Beliau mengelak dakwaan itu tetapi kemudiannya mendakwa cincin itu hanya transit ke Malaysia sebelum dihantar ke Kazakhstan.
- Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Ogos 11
- Najib membayar rm 84juta kepada sebuah firma penyiaran FBC Media untuk menerbitkan dan melobi slot penyiaran dokumentari bagi memperbaiki imej buruknya di peringkat antarabangsa.\
- Jawatankuasa Khas Perlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihanraya ditubuhkan.

Sep 11
- Sebuah syarikat berkaitan arak dimiliki anak Tun M, mengambil alih syarikat minyak, Exxon Mobil Corporation, San Miguel Corporation menguasi 65% saham Esso Malaysia Berhad.

Okt 11
- Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan PR yang bertujuan mengurangkan kadar defisit negara. Hutang negara mencecah rm437 bilion berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia.
- Pensyarah UIA, Prof Dr Aziz Bari digantung tugas oleh UIA kerana menyuarakan pendapat dalam isu serbuan gereja di Petaling Jaya
-KeADILan mendedahkan keluarga Ketua Wanita Umno Sharizat Jalil menyalahgunakan wang rakyat sebanyak rm250juta yang diperuntukkan kepada syarikat milik keluargannya National Feedlot Corporation (NFC)
- NFC menggunakan wang rm 250 juta itu untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, seunit konkominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, melancong ke luar negara, menunaikan umrah serta pemberian diskaun pembelian daging yang dibuat rangkaian restoran keluarga Sharizat.

Nov 11
- Anak lelaki PM, Mohd Nazifuddin Nahib, 28, membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit berjumlah rm 1.69juta dalam sebuah syarikat pembalakan, arvest Court Industries Bhd, sekaligus menyaksikan harga saham syarikat berkenaan melonjak paling tinggi.
- Kedai Rakyat 1Malaysia yang dimiliki rangkaian pasaraya Mydin dan menerima subsidi berjumlah rm40 juta didedahkan menjual barangan pada harga yang lebih mahal berbanding hypermarket lain. Kualiti barangan yang dikual tidak memenuhi piawaian, sos tiram 1Malaysia diarah ditarik balik dari pasaran oleh Kementerian Kesihatan kerana melanggar Akta Peraturan Makanan 1985.
- 13 orang ditahan di Sabah di bawah ISA walaupun PM mengumumkan ISA dimansuhkan dalam bulan September
- Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen BN walaupun mendapat tentangan. Lebih 1000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah aktu itu pada 29 Nov.

Dis 11
- Aktivis mahasiswa Adam Adli, 22, dari UPSI berani menurunkan bendera wajah Najib di PWTC pada 17 Dis lalu diganti dengan Bendera Kebebasan Akademik.
- Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia dilaporkan sebanyak USD$1.46 billion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat. Ia didedakan NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF).
- Selepas berbohon dan membuat penafian, bekas perdana menteri Tun M akhirnya mengaku meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau. KeADILan mendedahkan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997. Pendedahan Bank Dunia secara dokumen:
26 Julai 1998 - Permohonan mula-mula diterima
30 Nov 1998 - Pasukan penilai berlepas ke Malaysia
1 Feb 1999 - Proses rundingan bermula

Suara Keadilan 27 Dis 11