Cari Blog Ini

Rabu, 2 Januari 2013

KELEMBAPAN MENANGANI KEROHANIAN PEMIMPIN

....Apa saja yang dimengertikan sebagai pemimpin itu tentunya seorang yang mempunyai perwatakan dari segi jasmani dan rohani yang boleh dibanggakan oleh orang bawahannya atau pengikut dan penyokongnya, tidak kiralah pemimpin itu dari suku kaum mana dan pengikut dari kaum berlainan sekalipun.  Bergelar pemimpin adalah mereka yang mempunyai pengikutnya tersendiri yang kebiasaannya dipilih berasaskan penampilan akademik, penampilan soal berhujah dan mencari isu-isu semasa dan kebanyakkannya pemimpin itu adalah seorang yang mempunyai keupayaan fizikal yang lengkap.  Adalah menjadi satu kelebihan bagi seorang pemimpin itu jika mempunya rupa paras yang segak atau cantik dan kemas serta keupayaan keimanan yang baik dan mantap. Tidak kira lelaki atau perempuan, pemimpin itu seharusnya menjadi contoh kepada pengikutnya, menjadi idola dan inspirasi.  Sopan dan tatasusila yang mampu membuatkan ianya sesuai untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tua, muda, miskin atau kaya.  Itulah yang selayaknya sebagai pemimpin.  Walaupun pemimpin adalah seorang manusia ciptaan Allah s.w.t seperti manusia lain juga justeru tidak terlepas dari kesilapan-kesilapan dan seharusnya kesilapan itu adalah dari yang tidak disengajakan atau tidak disedari, maka oleh itu sebagai pemimpin tidak seharusnya ia membongkarkan kelemahannya itu dan tidak pula mengulangi perkara yang sama.  Kesilapan atau kelemahan seorang yang bergelar pemimpin sudah pasti pengikutnya juga akan menerima tempias sama ada secara realiti, tanpa boleh disembunyi kerana seteru-seteru dipersekitaran sentiasa mencari ‘bekas atau kesan tapak kaki’ seseorang pemimpin itu, ke mana ia pergi dan apa yang sedang dan telah dilakukan terutamanya mengenai perkara-perkara yang sepatutnya tidak dilakukan dan mengaibkan sebagai seorang insan yang bergelar pemimpin.
                Bergelar pemimpin itu tidaklah semestinya ia mempunyai pengikut dan penyokong yang ramai.  Pemimpin kepada sekumpulan kecil seperti Skuad Leader/IC Skuad  juga layak digelar pemimpin.  Sebagai pemimpin haruslah diingat bahawa ia akan menjadi idola dan sumber inspirasi kepada pengikut dan penyokongnya.  Jika sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pengikut tetapi layak juga sebagai pemimpin jika apa yang diperkatakan, dihujahkan dan dibongkarkan mendapat sokongan dari orang lain.  Apa yang diceritakan itu benar, dan mendapat sokongan secara tidak langsung ianya akan mempunyai pengikutnya, mempunyai hak ke atas kebertanggungjawapan dalam kenyataannya, menjadi sumber ilmu dan maklumat kepada yang lain justeru menjadi seseorang itu idola, inspirasi untuk orang lain berubah rentak maka secara dalaman situasi yang tidak disedari beliau adalah seorang pemimpin.
                Jika seseorang itu sudah mempunyai ‘peng-idolanya’ dan ‘peng-ispirasinya’ maka janganlah sesekali dicalarkan dan dilacurkan kepercayaan ‘peng-peng’nya itu tadi kerana jika pemimpin itu lemah jasmani dan rohaninya, tidak dapat menahan dan mengawal mental dan sprectualnya apabila ditahan dan diekori oleh seterunya dan menukarkan dirinya sebagai seorang yang tersangat kerdil dan kecut maka tidak perlulah pemimpin itu yang gah selama ini dengan hujahnya, dengan teorinya, dengan keberaniannya yang belum teruji.  Justeru ada juga kononnya pemimpin tersebut baru dijentik telinga oleh seterunya maka terus menanggis berguling-guling, terpekik terlolong, yang sebelum ini kononnya amat gah dengan ‘mutu, gaya dan keunggulannya’ terus sepi mengunci diri dan mulut disimpan dalam peti besi….. Maka yang terima tempias dari sikap pemimpin seperti ini adalah pengikutnya yang selama ini mengharapkan mereka dibela dari ketandusan maklumat dan ilmu, mereka yang selama ini amat berharap agar situasi negara berubah dari kerakusan rejim akan lebih gusar dan gelisah gelabah ketakutak lebih dari pemimpin yang mereka anggap pembela mereka kerana kebaculan pemimpin mereka yang gahnya hanya dalam suasana aman tenteram.  Pengikut akan lebih keterbogelan jika pemimpin mereka sanggup dibogelkan oleh seterunya dan terus menikus, tunduk seperti ‘ayam berak kapur’… maka dengan gahnya juga pemimpin seperti ini akan berpegang teguh kepada pepatah dahulu kala yang tidak boleh diimplementasikan di zaman  pemerintahan rejim sekarang ini iaitu ‘berundur tidak beerti mengalah’!! Mengarut!!  Apa gunanya berundur? Sepatutnya terus mara bersama kekentalan jiwa, bersama roh perjuangan, bersama intipati perjuangan yang dikendong.  Tidak perlu sepi kerana diluar sana suara pemimpin tersebut didengar oleh pengikut setia.  Tidak perlu sepi dan mengunci diri kerana perjuangan bukan untuk periuk nasi sendiri atau sekadar mencari publisiti (atau memang benar ia berjuang kerana publisiti), kelakar… hingga teman sekopi pun dinafi…  Begitu fobia sekali akibat telah dijentik telingan oleh seteru.  Jikalau pemimpin seperti ini bukan setakat dijentik telinga tetapi ditumbuk terajang dibelasah dengan getah paip nescaya, apa yang terjadi di dalam kainnya pun juga akan dibukan segala rahsia, dibuka segala pekong dipunggung…  itulah pemimpin yang amat senang dibogelkan oleh sang pencacai dan seteru.  Bagaimana pula dengan nasib seterusnya …tiada!! Kosong…sekosongnya roti canai tanpa telur!!
                Jika sebelum dijentik teling bukan main punyalah gahnya berbicara tentang perjuangan, berbicara tentang pembongkaran kerakusan seteru, tentang kemenangan dan ke Putrajaya tetapi setelah sedikit dicuit oleh seteru, semuanya gahnya telah runtuh, runtuh seperti runtuhnya stadium di Terengganu, hancur, parai…  Ingatlah, jika pemimpin itu sendiri tidak mampu untuk menahan diri dari kemaksiatan diri sendiri mana mungkin mahu mencegah kemaksiatan seterusnya.  Jika pimimpin yang gah tiba-tiba diserang demam fobia maka jiwanya akan bersemadi dengan titik noktah yang hina.  Bersemadinya bersama jiwa yang pecah, jiwa yang menderita selamanya.  Pengikut lebih suka jika punyai pemimpin yang bangkitnya secara santai sopan melangkah setapak demi setingkat hingga ke puncak.  Bukan pimimpin yang hidupnya hanya untuk terus berlari tanpa belajar bertatih terlebih dahulu.  Pemimpin yang tahu erti perjuangan itu amat berharga dari emas dan harta tidak akan melayan dengan momokan dan ugutan dari seteru malah terus menerus merangkak, bertatih dan berlari membawa semangat yang kental, semangat yang kalis dengan fobia dan ugutan,  berlari dan tegap berdiri apabila sampai ke puncak destinasinya dan bukannya menyorokkan diri sehingga tidak mengaku kenal teman sekopi.  Fobianya!!  Tidak gentar bila dicabar, tidak gerun untuk membantah dan tidak gusar bila diperah.  Tidak akan mati jiwanya, tidak akan padam semangat juangnya.  Andai kata dibicara pasti dikota, andai kata resah pasti dipencak dengan uhkuwah dan keimanan.  Andai kata dizalimi pasti dicincang dengan kesumat nafi.  Pemimpin yang ingin menjadi idola tidak akan bundar.  Pemimpin yang ingin dijadikan inspirasi tidak akan lesi…pertahankan yang hak biarpun seribu bala tentera mengepung, memijak supaya pemimpin itu dijinakkan oleh seterunya agar perjuangan dan pertahanan diri lesi dan mati.
                Persis pemimpin seperti ini yang gah diwaktu aman tidak teruji dan dikala senang walaupun ia sendiri masih menaruh perasaan memberontak  untuk melawan seterunya tetapi hanya di dalam hatinya sahaja, maka pemimpin itu seperti hanya melawan kudrat seterusnya di dalam hati jika tidak disertakan dengan usaha realiti yang kental yang mengusarkan seteru.  Hanya berniat dan berdoa di dalam hati adalah selemah-lemah pejuang dan tidak perlulah dinobatkan sebagai pejuang atau pemimpin.  Jika benar pejuang dan kalau benar pemimpin, mereka ini tidak takut kepada ugutan seteru, tidak bergetar keimanan dengan hanya dijentik telinga atau ditumbuk rusuk.  Memang manusia punyai sifat-sifat takut, risau apatah lagi fobia tetapi itu bukanlah itu sifat semula jadi yang tidak boleh dikikis, sifat ini tentunya punyai tujuan tersendiri ianya diwujudkan ke dalam jiwa sanubari.  Sifat ini mempunyai dua tujuan iaitu untuk kebaikan dan satu lagi untuk kejahatan.  Yang diserukan untuk kebaikan memang bermakna dan memang berjaya pemimpin itu jika sifat takut, risau, fobia hanya untuk melawan kejahatan nafsu serakah syaitan sama ada yang dikenali atau syaitan yang sebenar.  Takutkan Allah s.w.t dan azab siksaan didunia dan akhirat, itulah kebaikannya dan menjadikan pemimpin itu berjaya di dunia dan juga di akhirat.  Manakala sifat kejahatan pula yang bisa membuatkan pemimpin yang gah menjadi kaku dan bisu.  Tunduk kepada kehendak seteru, maka pemimpin ini akan terpesong dari landasan dan makna perjuangan sebenar. Percaya atau tidak, walau di mana pun dan di situasi mana pun atau di zaman mana pun…kebaikan akan mengatasi kejahatan.  Ini realitinya.  Berpegang kepada kebaikan maka pemimpin itu akan selamat dan mendapat nikmat perjuangannya bersama dengan penyokong dan pencintanya dengan tidak melupai untuk bersyukur kepada Penciptanya. 
                Persoalannya adakah pemimpin yang hanya gah ketika senang kemewahan dalam keamanan tetapi bungkang apabila dijentik dan ditendang terajang perlu untuk kita gelarkan sebagai pemimpin, sebagai inspirasi dan idola.  Ia adalah sesuatu yang jelek jika masih ada lagi yang masih ingin menjadikan idola kepada pemimpin yang amat-amat fobia sehingga takut untuk bersama rakan sekopi.  Kelakar!! Mengarut!!!....