Cari Blog Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Nak jadi YB yer....

Salam Jumaat semoga kita diberkati seberkatnya hujan yg sedang mencurah2 ke bumi sekarang ini... Siapa calon amat penting bagi menentukan kemenangan sesebuah parti. Kemenangan bukan saja bermaksud menang dlm pru tetapi menang dlm menawan hati rakyat paling tidak pun menang dlm mengurangkan majoriti undi pada parti lawan. Utk menjadi calon maka seharusnya lah tidak mempunyai masalah terutamanya dlm pengurusan antara individu, cabang dan negeri khasnya kemudian pusat amnya. Ini kerana hanya cabang dan negeri shj yg benar2 faham senario penduduk setempat manakala pusat sebagai membantu dlm pemantapan dan terjahan isu2. Maka sebagai calon, kesefahaman antara calon dengan cabang/ranting amat penting utk membentuk tenaga kerja atau jentera. Bukan bermaksud wang tidak penting tetapi masalah wang boleh diatasi jika calon tsb menpunyai erika sosial yg utuh fan kemahiran komunikasi kerana kita faham bahawa parti juga tidak mempunyai kewangan yg banyak jika semata2 utk mengerakkan sesebuah parlimen atau dun jadi kepada jentera inilah boleh bergantung harap kerana jentera bukanlah mengharapkan upah yg tinggi, cukuplah sekadar dapat mengisi tangki kenderaan dan tangki perut. Jadi masalah kewangan bukanlah masalah utama walaupun ianya perlu. Masalah utama adalah kebolehan dan kefahaman calon tsb utk memberikan kerjasama dgn organisasinya sendiri juga kerjasama dgn pengurusan negeri. Jika calon yg dilantik pusat bermasalah dgn pihak negeri bagaimana utk calon bekerja dgn teratur kerana jangan dinafikan peranan pihak pengurusan negeri walaupun calon parlimen ditentukan oleh pusat. Rakyat menolak calon yg tidak bekerjasama. Jika masalah peribadi dgn pihak pengurusan negeri diambil kira maka terang2lah ianya memang tidak dialu2kan sebagai calon walaupun dari perlantikan pusat sekali pun. Kita bukanlah parti kipas mengipas dan kroni2. Selain itu juga hubungan calon dgn parti komponen kuga memberikan impak yg besar ke atas peralihan pengundi. Jangan hanya syok sendiri sebagai calon tetapi dengan parti komponan tidak akrab tidak mesra jadi bagaimana utk berkempen dan bagaimana utk menyatupadukan antara jentera. Utk menyatupadukan antara jentera2 parti pun tidak mampu maka lupakan hasrat utk menyatupadukan undi rakyat. Jangan ingat dgn wang kamu boleh membeli semua yg kamu mahu. Dengan wang juga kamu tidak mampu utk membeli harga keikhlasan, kesetiaan dan maruah mereka yg benar2 berjuang. Itu sebab hubungan dengan negeri negeri perlu teguh. Jgn sombong bangga diri walaupun kamu mempunyai kabel yg besar di pusat kononnya. Kemenangan dlm pru bukan ditentukan oleh kabel besar dipusat tetapi kabel besar diminda dan jiwa rakyat. Tak perlulah jika turun ke kg2 dan felda2 bertemu pakcik2 dan makcik2 kamu menggunakan bahasa broken kamu, tak sedap pun bunyinya. Lepaskanlah ego I-U, I-U kamu. Bersifat merendah diri tawwaduk, tidak merugikan malah org semakin suka dan sayangkan kita. Maka jgn lah menyesal jika disaat2 akhir nanti tidak mustahil nama kamu akan digugurkan kerana penentu sebenar siapa calin adalah rakyat, bukan negeri dan bukan juga pusat. Jika dicalonkan juga udahlah berangan akan kemenangan jika kemesraan kamu ada kepincangan, hati punya dendam, masalah dgn pengurusan negeri tidak diatasi ditambah sillaturrahim antara komponen tidak gagah. Kita hanya merancang tetapi bukan kita yg menentu ketetapannya. Apatah lagi dengan ego yg dibawa. Seperkara lagi yg perlu diingat bahawa tidak semua rakyat yg mengundi semata2 utk parti tapi mereka mengundi kerana calon. Wassalam.

Rabu, 13 Februari 2013

akta gsa

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=2&ved=0CDQQFjAB&url=http%3A%2F%2Fdunchini.blogspot.com%2F2010%2F05%2Fakta-gsa-disalahfaham-tindas-peneroka.html&ei=TN8bUZrzNMq8rAeEnIHQDA&usg=AFQjCNE-_QeBs6pe28QHWEkzEHUxLAf2Xw