Cari Blog Ini

Rabu, 28 Mac 2012

Lagi cerita lama yang dah lama...

Datuk Nalakarupan Dakwa Anwar Ibrahim Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Isteri Azmin!



Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual. Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis. Beliau Juga berkata Anwar ada hubungan dengan isteri Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa Azmin Ali, iaitu Shamsidar Taharin. Malah Datuk Nalakarupan mengatakan bahawa beliau sanggup disaman 500 juta usahkan 100 juta untuk mendedahkan perkara ini.

Rabu, 21 Mac 2012

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.malaysiakini

Selasa, 20 Mac 2012

MDJ akan disaman RM300 ribu


Majlis Daerah Jerantut diseru mengambil tindakan tegas terhadap penyewa Rumah Rehat Jerantut kerana tidak membayar sewa masuk empat tahun dari tarikh mula beroperasi.Syarikat Masmira yang mengeluarkan modal mengubah-suai, membaik pulih serta memasukkan kelengkapan resthouse itu termasuk perabut setiap bilik tetamu pada mula tarikh operasi itu dimulakan oleh penyewa mengalami kerugian lebih RM200,000 sampai sekarang tidak berbayar . Penyewa itu difahamkan dapat bertahan kerana beliau adalah pemimpin UMNO Bahagian, dan seorang ahli Majlis Daerah.


Semalam tercipta satu sejarah yang tidak pernah terjadi dimana Majlis Daerah Jerantut (MDJ) nyaris disita kerana gagal membayar saman yang diputuskan mahkamah apabila kes dibawa ke Mahkamah Sesyen Temerloh oleh seorang kontraktor.



 Perkara seperti ini tidak pernah belaku sebelum ini, melainkan biasanya majlis daerahlah menyita premis orang lain.