Bergelar
pemimpin itu tidaklah semestinya ia mempunyai pengikut dan penyokong yang
ramai. Pemimpin kepada sekumpulan kecil
seperti Skuad Leader/IC Skuad juga layak digelar pemimpin. Sebagai pemimpin haruslah diingat bahawa ia
akan menjadi idola dan sumber inspirasi kepada pengikut dan penyokongnya. Jika sekiranya seseorang itu tidak mempunyai
pengikut tetapi layak juga sebagai pemimpin jika apa yang diperkatakan,
dihujahkan dan dibongkarkan mendapat sokongan dari orang lain. Apa yang diceritakan itu benar, dan mendapat
sokongan secara tidak langsung ianya akan mempunyai pengikutnya, mempunyai hak
ke atas kebertanggungjawapan dalam kenyataannya, menjadi sumber ilmu dan
maklumat kepada yang lain justeru menjadi seseorang itu idola, inspirasi untuk
orang lain berubah rentak maka secara dalaman situasi yang tidak disedari
beliau adalah seorang pemimpin.
Jika
seseorang itu sudah mempunyai ‘peng-idolanya’ dan ‘peng-ispirasinya’ maka
janganlah sesekali dicalarkan dan dilacurkan kepercayaan ‘peng-peng’nya itu
tadi kerana jika pemimpin itu lemah jasmani dan rohaninya, tidak dapat menahan
dan mengawal mental dan sprectualnya apabila ditahan dan diekori oleh seterunya
dan menukarkan dirinya sebagai seorang yang tersangat kerdil dan kecut maka tidak
perlulah pemimpin itu yang gah selama ini dengan hujahnya, dengan teorinya,
dengan keberaniannya yang belum teruji.
Justeru ada juga kononnya pemimpin tersebut baru dijentik telinga oleh
seterunya maka terus menanggis berguling-guling, terpekik terlolong, yang
sebelum ini kononnya amat gah dengan ‘mutu, gaya dan keunggulannya’ terus sepi
mengunci diri dan mulut disimpan dalam peti besi….. Maka yang terima tempias
dari sikap pemimpin seperti ini adalah pengikutnya yang selama ini mengharapkan
mereka dibela dari ketandusan maklumat dan ilmu, mereka yang selama ini amat
berharap agar situasi negara berubah dari kerakusan rejim akan lebih gusar dan
gelisah gelabah ketakutak lebih dari pemimpin yang mereka anggap pembela mereka
kerana kebaculan pemimpin mereka yang gahnya hanya dalam suasana aman
tenteram. Pengikut akan lebih
keterbogelan jika pemimpin mereka sanggup dibogelkan oleh seterunya dan terus
menikus, tunduk seperti ‘ayam berak kapur’… maka dengan gahnya juga pemimpin
seperti ini akan berpegang teguh kepada pepatah dahulu kala yang tidak boleh
diimplementasikan di zaman pemerintahan
rejim sekarang ini iaitu ‘berundur tidak beerti mengalah’!! Mengarut!! Apa gunanya berundur? Sepatutnya terus mara
bersama kekentalan jiwa, bersama roh perjuangan, bersama intipati perjuangan
yang dikendong. Tidak perlu sepi kerana
diluar sana suara pemimpin tersebut didengar oleh pengikut setia. Tidak perlu sepi dan mengunci diri kerana
perjuangan bukan untuk periuk nasi sendiri atau sekadar mencari publisiti (atau
memang benar ia berjuang kerana publisiti), kelakar… hingga teman sekopi pun
dinafi… Begitu fobia sekali akibat telah
dijentik telingan oleh seteru. Jikalau
pemimpin seperti ini bukan setakat dijentik telinga tetapi ditumbuk terajang
dibelasah dengan getah paip nescaya, apa yang terjadi di dalam kainnya pun juga
akan dibukan segala rahsia, dibuka segala pekong dipunggung… itulah pemimpin yang amat senang dibogelkan
oleh sang pencacai dan seteru. Bagaimana
pula dengan nasib seterusnya …tiada!! Kosong…sekosongnya roti canai tanpa
telur!!
Jika
sebelum dijentik teling bukan main punyalah gahnya berbicara tentang
perjuangan, berbicara tentang pembongkaran kerakusan seteru, tentang kemenangan
dan ke Putrajaya tetapi setelah sedikit dicuit oleh seteru, semuanya gahnya
telah runtuh, runtuh seperti runtuhnya stadium di Terengganu, hancur,
parai… Ingatlah, jika pemimpin itu
sendiri tidak mampu untuk menahan diri dari kemaksiatan diri sendiri mana
mungkin mahu mencegah kemaksiatan seterusnya.
Jika pimimpin yang gah tiba-tiba diserang demam fobia maka jiwanya akan
bersemadi dengan titik noktah yang hina.
Bersemadinya bersama jiwa yang pecah, jiwa yang menderita
selamanya. Pengikut lebih suka jika
punyai pemimpin yang bangkitnya secara santai sopan melangkah setapak demi
setingkat hingga ke puncak. Bukan
pimimpin yang hidupnya hanya untuk terus berlari tanpa belajar bertatih
terlebih dahulu. Pemimpin yang tahu erti
perjuangan itu amat berharga dari emas dan harta tidak akan melayan dengan
momokan dan ugutan dari seteru malah terus menerus merangkak, bertatih dan
berlari membawa semangat yang kental, semangat yang kalis dengan fobia dan
ugutan, berlari dan tegap berdiri
apabila sampai ke puncak destinasinya dan bukannya menyorokkan diri sehingga
tidak mengaku kenal teman sekopi.
Fobianya!! Tidak gentar bila
dicabar, tidak gerun untuk membantah dan tidak gusar bila diperah. Tidak akan mati jiwanya, tidak akan padam
semangat juangnya. Andai kata dibicara
pasti dikota, andai kata resah pasti dipencak dengan uhkuwah dan keimanan. Andai kata dizalimi pasti dicincang dengan
kesumat nafi. Pemimpin yang ingin
menjadi idola tidak akan bundar.
Pemimpin yang ingin dijadikan inspirasi tidak akan lesi…pertahankan yang
hak biarpun seribu bala tentera mengepung, memijak supaya pemimpin itu
dijinakkan oleh seterunya agar perjuangan dan pertahanan diri lesi dan mati.
Persis
pemimpin seperti ini yang gah diwaktu aman tidak teruji dan dikala senang
walaupun ia sendiri masih menaruh perasaan memberontak untuk melawan seterunya tetapi hanya di dalam
hatinya sahaja, maka pemimpin itu seperti hanya melawan kudrat seterusnya di
dalam hati jika tidak disertakan dengan usaha realiti yang kental yang
mengusarkan seteru. Hanya berniat dan
berdoa di dalam hati adalah selemah-lemah pejuang dan tidak perlulah dinobatkan
sebagai pejuang atau pemimpin. Jika
benar pejuang dan kalau benar pemimpin, mereka ini tidak takut kepada ugutan
seteru, tidak bergetar keimanan dengan hanya dijentik telinga atau ditumbuk
rusuk. Memang manusia punyai sifat-sifat
takut, risau apatah lagi fobia tetapi itu bukanlah itu sifat semula jadi yang
tidak boleh dikikis, sifat ini tentunya punyai tujuan tersendiri ianya diwujudkan
ke dalam jiwa sanubari. Sifat ini
mempunyai dua tujuan iaitu untuk kebaikan dan satu lagi untuk kejahatan. Yang diserukan untuk kebaikan memang bermakna
dan memang berjaya pemimpin itu jika sifat takut, risau, fobia hanya untuk
melawan kejahatan nafsu serakah syaitan sama ada yang dikenali atau syaitan
yang sebenar. Takutkan Allah s.w.t dan azab
siksaan didunia dan akhirat, itulah kebaikannya dan menjadikan pemimpin itu
berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Manakala sifat kejahatan pula yang bisa membuatkan pemimpin yang gah
menjadi kaku dan bisu. Tunduk kepada
kehendak seteru, maka pemimpin ini akan terpesong dari landasan dan makna
perjuangan sebenar. Percaya atau tidak, walau di mana pun dan di situasi mana
pun atau di zaman mana pun…kebaikan akan mengatasi kejahatan. Ini realitinya. Berpegang kepada kebaikan maka pemimpin itu
akan selamat dan mendapat nikmat perjuangannya bersama dengan penyokong dan
pencintanya dengan tidak melupai untuk bersyukur kepada Penciptanya.
Persoalannya
adakah pemimpin yang hanya gah ketika senang kemewahan dalam keamanan tetapi bungkang
apabila dijentik dan ditendang terajang perlu untuk kita gelarkan sebagai
pemimpin, sebagai inspirasi dan idola.
Ia adalah sesuatu yang jelek jika masih ada lagi yang masih ingin
menjadikan idola kepada pemimpin yang amat-amat fobia sehingga takut untuk
bersama rakan sekopi. Kelakar!! Mengarut!!!....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan