Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2012

Pak Samad rakam kehampaan dalam puisi

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said sekadar mampu menyatakan kekecewaannya melalui bait puisi kerana dihalang polis daripada melalui satu jalan ketika perhimpunan Sabtu lalu.
Dalam tulisannya di Facebook, beliau juga hampa kerana tidak dibenarkan melalui jalan tersebut untuk pergi menunaikan solat Zohor di Masjid Negara.
Pada ketika itu, beliau hanya mampu duduk di atas sebuah jambatan pejalan kaki dan tidak menyertai peserta lain di Dataran Merdeka kerana polis membuat sekatan di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi.
Berikut gambaran sikapnya:

Saya dilarang
ke Masjid Negara
melalui jejantas
Pasar Seni.

Makanya, saya terus
Duduk Bantah di situ.

Jelas tampaknya
taring siasah sudah
mula mencengkam
leher agama.

Dalam tulisannya sehari selepas itu, Samad turut merakam detik cemas dalam pertentangan kumpulan penyokong BERSIH 3.0 dan juga penguasa yang mengawal Dataran Merdeka:

Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.

Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan